Friday, September 30, 2011

Jom try masuk MRSM!!!


Kepada Pelajar yang berminat dan bakal menduduki PMR 2011, apa kata korang "try,test,cuba," apply masuk MRSM.. Mungkin masa depan boleh berubah.. Cubalah dulu.. 

Syarat Kemasukan:

1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2011. 
2. Mendapat  markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM.

Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM

1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 28 Nov hingga 2 Dis 2011.
2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang 
permohonan secara online. 

P/S*  

1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan  rendah 
2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. 
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. 
4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan. 
5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama. 

Syarat Memohon

1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan 
Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) 
di Semenanjung Malaysia. 
2. Pelajar yang sedang menuntut di  Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah 
Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon 
dan tidak akan ditawarkan ke  MRSM. 
3.    Pemohon hendaklah lulus  Peperiksaan Percubaan PMR 2011 di Sekolah Menengah 
Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Matematik 
dan subjek Sains.  

Cara Memohon

1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di  Pejabat MARA Negeri, 
Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai 3 hingga 20 Oktober 
2011. Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh 
tersebut.
2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2011
yang disahkan benar serta angka giliran PMR 2011, semasa mendapatkan kata laluan.   
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang 
permohonan secara online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online. 
4.  Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ke 
alamat seperti di bawah:  
(Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2012) 

Pengarah, 
Bahagian Pendidikan Menengah, 
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR. 

Tarikh Tutup Permohonan

1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 20 Oktober 2011.
2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewatlewatnya pada 26 Oktober 2011.
3. Pemohon  boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2012.  
Sekiranya  pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga  30 April 2012  
permohonan anda dianggap tidak berjaya. 

No comments:

Post a Comment