Monday, June 15, 2009

TEMAN a.k.a KAWAN




Kemanakah kawan tercinta.. Hok sebeloh aku tu jupe okmo,tp hok dua lg mcm susoh jer.. Xrindu ke zaman2 duk upsi?




Sedap gop kalu buleh bakar aye lagi,ork?

Sunday, June 14, 2009

.....ShaBieL....




MY STORY BEYOND REALITY......... SOMETIMES IT TOOK A SECOND TO SAY I LOVE YOU, BUT SOMETIMES IT TOOK SO MANY TIRED YEARS AND WAITING... THANKS GOD, FINALLY WE'RE TOGETHER......


Ni adalah gambar first2 kitorg bersama. MRSMYT BESUT.. GANUNG!!

Shabiel? Apa kebenda la menda tuh? Tu adalah gabungan nama kami berdua(Shamil + Biez).. Nampak mcm jiwang tapi kisah apa. Masing2 ada sebab dan kami menggunakan nama ini untuk memperingati keistimewaan hubungaan yang terjalin. Semoga hubungan ini kekal hendaknya..Doakan kebahagiaan kami dan segala rancangan berjalan dengan lancar.. HOPE GOD BLESS US!!! I LOVE U BABY..

Tahun 2000 
  • Kubeez mejejakkan kaki ke bumi mrsmytb pada 14 Feb 2000. Samil plak kire student otai batch lama, No matrik samil 201 manakala no matrik kubeez 301..selang 100 je
  •  Kami di tingkatan 4. Masa nih kami masing-masing buat hal sendirik. Takde nampak lagi ada jodoh dan keserasian tuh. Kenal pun gitu-gitu je sbb seform
Tahun 2001 
  • Mase sem 1, kitorg tak duk sekelas lg. Samil bru duk usha Kubeez. . Sempatla jumpe 1x. (Pok Ley n Ja yg temankn kami) Perjumpaan yg ntah ape2 yg hanya 5minit. Peh mase nih malu-malu beb. Yang bestnye ms sem 2, kitorang sekelas.. 5B kan? Samil duk depan skali manakala kubeez duk belakang sekali. Mase nih dah kenal dan malu-malu (malu dlm hati je). Kat luar wat bodo je kalau jumpe.. Masing-masing kalau terserempak mesti buat sombong. Ala lantak laa.. Member2 je.. 
  • Tp Samil selalu amik berat pasal Kubeez..Cume Samil xtunjuk dpn2. N kubeez plak steady je malas nk layan Samil..Kubeez buat bodo je sbb samil nih jenis yg hohahoha n tak nmpak mcm nak kapel pun. Mcm nk main2kn org je. Tp Samil serius r nk kapel ngan kubeez.. Dah org tak layan misti la Samil maluuuu.. 
  • Start berbalas surat.. ayat surat stendek laaa wa lu gua brader beb..peh ganas gler n taded ciri2 surat cinta lassum
  • Kubeez pernah buang buku teks Samil n pecahkan meja Samil (balasan untuk Samil sbb Samil pecahkan meja budak prempuan satu form ngan kitorg) 
  • Kalu time blackout, Samil akan cr Kubeez.. Konon tkut n bmbg awek kn raba time gelap..Koya awek je.. Walhal mbr-mbr je.
  • Samil akan pukul budak-budak lain yg kaco kubeez (Kubeez milik Samil je wei)
  • Samil pernah dedicate lagu buat Kubeez kat radio tp last-last kena marah kaw-kaw ngan Kubeez. Tak sporting lassum Kubeez time nih.
  • Last day sek, Samil hadiahkan Kubeez rantai. Tp ape yg Kubeez pernah kasik kat Samil??? Lagu paparoach CUT MY LIFE INTO PIECES adelaaaa
  • Kami masing-masing suke sm suke tp mase nih malu2. Last-last lost contact kan? Alamak beb bercinta time sek malu beb! Nmpaknye persahabatan smpai tingkatan 5 je.

Tahun 2002
  • Adela Kubeez n Samil saling bercontact skali due. Tanya khabar je. Dah lupe Samil dpt no Kubeez dr mn. Tapi egoooo... Lantak la masing-masing pye hal
Tahun 2003
  • Kitorg masuk universiti yg blainan.. SamiL UPSI manakala Kubeez USM
  • Nak dijdkan criter, tanggal 27 June,buat pertama kali dlm thun 2003, samil sms kubeez n tanya dah ade pakwe ke belum..dan tibe2 kami declare sbgai pakwe makwe dlm phone mlm tuh jugak
2004-2009
  • 6tahun bercinta.

2010 
  • Secara rasminya pd 14  Feb 2010 kami mengikat ikatan pertunangan.. (cukup 10tahun kami kenal)

oohhhhhhh itu papa kuyi waktu sek menengah!! yg mana satu??? yg belah kanan yg pakai baju putih tuh (kurusnye kan)


Papa tengah pegang kepala member die


Papa mase tingkatan 3 agaknya..Lupe dah


Papa Kuyi (kedua dari kiri pakai baju biru!!)


Mami kuyi masa umur 3tahun.. bersama kak, kakok, arwah mummy dan a.mie

    ANJAKAN PARADIGMA...

    ~hAvE a nIcE dAy~ />

    Perubahan itu perlu untuk kejayaan masa depan. Sampai bilakah kita berada pada tahap yang sama???

    Persoalan yang utama, mampukah kita melupakan yang masa silam untuk maju ke hadapan...

    RENUNG2KANLAH... SELAGI NYAWA DIKANDUNG BADAN..

    Penyokong,Pemerhati,Peninjau,PINK..

    Melihat,dilihat,beristirehat dan menjerit bersama..




    "GOMO KLATE GOMO" dgn beruniform pink menyokong pasukan Klate menentang Selangor FINAL FA di BUKIT JALIL.. Walaupun dr TRG, semangat setiakawan tetap tidak Pernah LUNTUR....

    (SHAMIL + KUBEEZ)

    P/S:

    Mat P Kontrol tuh..
    Namie sbg Cameraman..

    Saturday, June 13, 2009

    Poor kiddO!!!

    this is so yucky..i feel so sorry for the baby. she will grow up so confused! her "father" gave birth to her. "he" was a woman in the first place, and when undergoing the so called sex change operation, "he" only did a mastectomy (breast cancer survivors who undergo mastectomy are still women) and chose to keep "his" uterus, and tried several times via artificial insemination. that means the bottom half of this "man" is still a woman!thats "he" gave birth to the little girl.

    this is why Islam teaches us to guard the lineage. man marries a woman, and they have children.

    now that little baby doesn’t even know who her real biological father is. and her "father" is half a woman. literally.. and her "father’s" wife, her mum, is nursing her with the help of hormones

    anyway, poor kid..

    Wednesday, June 10, 2009

    ...AISHITERU...

    Girl: Do i ever cross ur mind?

    Boy: No

    Girl: Do you like me?

    Boy: Not really

    Girl: Do you want me?

    Boy: No

    Girl: Would you cry if I left?

    Boy: No

    Girl: Would you live for me?

    Boy: No

    Girl: Would you do anything for me?

    Boy: No

    Girl: Choose–me or ur life

    Boy: my life

    The girl runs away in shock and pain, and the
    boy
    runs after her and says…

    The reason you never cross my mind
    is because you’re always on my mind.

    The reason why I don’t like you
    is because I love you.

    The reason I don’t want you
    is because I need you.

    The reason I wouldn’t cry if you left
    is because I would die if you left.

    The reason I wouldn’t live for you
    is because I would die for you.

    The reason why I’m not willing to do anything
    for
    you
    is because I would do everything for you.

    The reason I chose my life
    is because YOU ARE MY LIFE

    “Refuse to make excuses or blame anyone for anything.”

    When I stopped making excuses and blaming others…
    I started to feel more accountable, first I got mad at myself, then I realized that I was big slacker and then I took action by just doing it… at times I need to re-read this quote because no one is perfect and we all have lapses from time to time.

    Iblis Datang Mengganggu Ketika Sakaratul Maut

    Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

    Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
    Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”

    Rombongan 1
    Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

    Rombongan 2
    Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

    Rombongan 3
    Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

    Rombongan 4
    Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

    Rombongan 5
    Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”

    Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

    Rombongan 6
    Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”

    Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”

    Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.”

    Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.

    Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.”

    Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

    Berkata Iblis: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”

    Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”

    Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

    Rombongan 7
    Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

    Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

    Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”