Thursday, October 4, 2012

K-pop

Korean band yang aku minat n lagunye. tak Semua lagu aku layan. Antaranya:-

2ne1 (Minzy, CL, Dara and Bom)
Me?? Suare bom and CL best..
**Body Bom nmpak best

1. 2ne1 - I love u
2. 2ne1 - lonely
3.2ne1 - Go away
4.Big bang - Love song
5.Big bang - Tonight
6.Big bang - Fantastic baby
7. 2ne1 - Ugly


Sunday, September 30, 2012

Perkembangan Kuyi 10bulan

Kusyairie di dpan gatenye

Melakukan pergerakan yang lebih banyak
Kuyi dah boleh merangkak dengan baik menggunakan tangan dan lututnya, dengan anggota-anggotanya lurus dan tubuhnya selari dengan lantai. Dan jugak dah boleh duduk dengan yakin dan mungkin boleh berjalan sambil memegang perabot. 

Memegang dengan jari-jemarinya
Kuyi boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya dengan tidak perlu mengampukan pergelangan tangannya di atas permukaan yang keras. Dia berminat dengan barang-barang kecil dan akan menjilat-merasanya; ini adalah okey selagi barang itu boleh dimakan dan tidak terlalu kecil sehingga menyebabkan Kuyi tercekik.

Personaliti yang berkembang
Kuyi  mula menjadi sangat sosial, memberikan senyuman besar kepada semua orang atau sebaliknya menjadi lebih penyegan dan menyembunyikan mukanya apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. Dia akan mengulangi bunyi, memberikan tanda isyarat tertentu untuk mendapatkan perhatian mami

Bercakap dengan Kuyi yang ‘bermulut murai’
Kuyi sudah mula memahami banyak perkataan dan frasa yang mudah,

Wednesday, July 11, 2012

Pengalaman Premium beautiful

Day-1
Hari pertama pakai 5minit aje.. tp bab nak g toilet aku pling malas. Nak kn pakai balik tuh aishehhh..nak buangnye senang aje. salah pakai  sakit n lebam2.. menyebabkan aku jd malas n xbsemangat je.. org kt pakai pb boleh hilangkan sakit belakang.. aku?? takpun!! Berat harini 55kg okiess

Day-2
Pakai 5minit aje jugak.. sbb aku dah biase pakai corset2 nih, cume tak amal hari2 je. hari kedua nak makan nasi sakit skit mcm kn tekan kat perut. masih lg rase sakit kalau pakai

Day-3
Agak lmbat td bangun so kalut. tapi berjaya la pakai. senak kat perut..tak sabar nak balik umah nak buang. tp time aku basuh, tadedpun kuar air hitam2 tuh??

**apsal aku tgk kebanyak agent pb kebanyakannye gemuk2 tp suh kite beli pb??what da. Yg nih mmg aku tak paham...~~N apsal dorang bleh p jalan2 lepas menjual pb? Lepas dpt duit customerkan?? n slalu je buat blog bagusnye pb nih.. satu agi..kebanyakannye misti org melayu..


sebab nih la aku berusaha dengan pb.. kalau pakai 8jam = 7200kalori.. betui kaaa??'

Day-4
Macam still terpakse redha dengan keketatan pb.. oo tp ade org tegur aku nampak kurus.. ( kurus la sbb pakai pb. Kang balik umah ptg kang..nmpak gemuk balikla?)

Friday, June 15, 2012

Pakaian yg aku suke

Palazzo pants.. yang stylo nih.. aku suke designnye dengan butang 2 kat depan tuh.warnapun menarik.. Gojesss~~

Cardigan yg knit lace kollar nih. Warnapun mcm yellow mustard gituh.. Peh cantik...wink wink sgt!

Ohhh boyfriend blazer nih pun suke.. warna biru gelap..ok la kan. Modelnye nampak kurus plak bile memakainye. aku?? OMG!

Handbagnye yg berwarne hitam..classic tp nampak elegen..kan kan kan~~~

Well well well... u know me.. aku kan suke cardigan.. haha.. yg nih red kaler mahh

Besides that, aku pun suke maxi dress.. This colour sgt sweet..Miahahahah

I've won!!!!
We're pretty sure that everyone must be itchin' to know who the winners of our recent Su Estilo Anniversary Giveaway Contest are... so here is the list! Thank you for the overwhelming response and don't give up those of you who did not win. We promise more giveaways to come! ♥

Winners kindly PM us your email addresses (by end of tomorrow, Friday 22 June 2012) and we will respond accordingly. If we do not hear from you, we reserve the right to select the next random winner!

CONGRATULATIONS TO:
1. Sharmini Muniandy
2. Nurul Aze Alia
3. Geraldine Yong
4. Ally Low
5. Tengku Rabieah --> aku

6. Elena Sunshine
7. Jessica XiaoWen
8. Yvonne Kiew




Monday, May 21, 2012

Gelagat Kusyairie

Kuyi: Oooohhh Malam ni ade bola ek papa?
(mode: papa ajak layan bola mlm nie.kihkihkih)

Kuyi : Tak sabar nih papa..bile nak start?? oh dah nak start...rilex rilex...

Kuyi : Nak gol dos ni papa..gol gol... GOL!!!
(mode: bersemangat waja)

Kuyi : OMG! OMG! Tersasar plok bolanye..aduiiii

Kuyi : Pa! Bola nak kemana tue?? Bakpe bola g ke gol kite nih?? Aikkk aikkk...

Kuyi : Uhukkkk.. Papa kite nak kalah dos ke nie??
(mode: mule sedih)

Kuyi : Heeeeeee Pa..kite kaloh dos owkkk... Man City kalah pa.. 
(mode: muke toye)


**Mami tido kruhhh kruhhh~~

Tuesday, May 8, 2012

Sihat dengan herbalife

HERBALIFE...produk yg aku guna skrang...

Buku komik (anime) untuk dijual

Buku anime 2nd hand tuk dijual...murah2!..akan di update soon

Redwing model 2245 untuk dijual

Aku nak jual kasut redwingku. Model 2245 dengan harga RM600 (termasuk kos penghantaran). Aku dah pakai 2x. Ade sedikit kesan calar..(ikhlas bagitau takut bile korang beli..korang komplen plak..~~)Sbb tuh aku jual murah aje..kalau kat pasaran harganye dalam RM750..kire dah untung beli ngan aku. Kualiti redwing tak sm ngan kasut Oscar or KulitKraf(cap ayam sgt). Kalau berminat boleh email ke rabieah@penjom.com 


Safety Requirements
Oil/Gas :Excellent
Heat : Fair
Chemical : Good
Abrasion : Good
Traction : Good
Comfort on Concrete : Excellent
Non-Marking : Yes




Gambar asal kasut yang nak dijual. Condition masih ok
USA size : 6
UK size : 5

SOLD TO : Mr.Sapali

Wednesday, April 25, 2012

Perkembangan Kuyi 5bulan

Bdak kecik yg dah besar

Duduk dengan sendiri
Pada waktu ini, perkembangan fizikal kuyi meningkat semakin cepat dan pantas. Jika dia ditiarapkan dengan mukanya memandangkan ke bawah, dia akan meregangkan tangan dan kakinya dan melengkungkan bahagian belakangnya, dan sekiranya kuyi terlentang memandang ke atas, dia akan mengangkat kepala dan bahunya. Dia juga akan duduk seketika tanpa bantuan. Jika mami mengampu kuyi dengan meletakkan tangan di bawah ketiaknya sambil membiarkannya mengimbangi kakinya atas peha mami, kuyi akan melompat ke atas dan ke bawah. Masa ini kuyi dengan senangnya membawa objek ke mulutnya untuk di periksa dengan menggunakan mulutnya.

Mengulangi bunyi yang disukai
Kegemarannya pada masa ini ialah meniup air liur berbentuk seperti raspberi, iaitu berbuih-buih. Pada usia ini, adalah merupakan tabiat biasa kuyi mudah terpesona dengan salah satu kebolehan barunya yang mana mereka akan mengulanginya untuk masa yang agak panjang.

Mudah mengalihkan perhatian
Kuyi sangat suka bermain dengan plastik kerana plastik yang disentuhnya akan berbunyi

Perkembangan pelbagai emosi
Kuyi menunjukkan ikatan yang kuat dengan mami dengan menghulurkan tangannya apabila dia mahu didukung dan menangis apabila mami meninggalkan bilik. Kuyi juga mungkin akan mula memeluk dan mencium mami. Dan kuyi juga mula memahami lawak jenaka – dia akan ketawa pada mimik muka mami dan papa yang kelakar dan akan cuba membuat mami ketawa juga.

Kuyi tengah meniarap..

Thursday, April 12, 2012

Perkembangan Kuyi 4bulan



Makan kurang kerap
Sekarang di waktu makan, perhatian Kuyi mula beralih kepada orang dan benda-benda, justeru, walaupun mami seronok apabila melihat Kuyi sedar dan responsif terhadap benda-benda baru, mami mendapati bahawa memberinya makan menjadi satu perkara yang sulit.
 
Bakat baru pusing meniarap dan menelentang
Apabila Kuyi dibaringkan atas perutnya, dia akan mengangkatkan kepala dan bahunya seberapa tinggi dan menggunakan lengannya untuk mengampu dan menahan. Tekan tubi mininya ini membantu Kuyi mengukuhkan otot-otot dan dia juga akan mendapat pandangan yang baik tentang perkara-perkara yang sedang berlaku di sekitarnya.

Memanjangkan tangan dan memasukkan objek ke dalam mulut
Kuyi sekarang sudah boleh memanjangkan tangannya dan merampas sesuatu objek. Apabila dia dapat memegang sesuatu, dia akan mengkajinya untuk seketika dan kemudian cuba memasukkannya ke dalam mulut. Air liur Kuyi banyak meleleh sekarang.

Galakkan bayi anda mencuba dan bermain dengan pelbagai jenis objek.
Umpamanya, lampin kain yang bersih boleh mengasyikkan Kuyi. Perhatikan dia menghisap sesuatu objek, memegangnya, dan ketahuilah apa yang akan berlaku apabila dia merenyukkannya. (Menyediakan tempat aktiviti bayi atau gim buaian adalah baik di peringkat ini, iaitu di ketika bayi anda mempelajari tentang sebab dan akibat - umpamanya, dia mendapati bahawa apabila dia mengerakkan tuil atau butang, dia mendengar loceng berbunyi. )

Kini mampu bermain sendiri
Pada masa ini, Kuyi sudah pandai bermain dengan tangan dan kakinya untuk beberapa minit setiap kali. Sungguh ajaib!

Mula memahami peranan bahasa
Sekarang, dia juga boleh menyertai mainan tiru-meniru bunyi – anda sebut "boo", dan dia akan cuba menyebutnya juga. Anda boleh mengembangkan kebolehan komunikasinya dengan meniru ekspresi muka dan bunyi yang disebutnya – dalam kata lain, men"cermin"kan perlakuan dia.

Memahami rampaisari warna yang pelbagai
Dia akan tertarik kepada mobil tergantung yang berwarna cerah (digantung supaya tak dapat dicapainya), poster-poster terang dan buku-buku keras yang berwarna menarik.

Lebih memilih orang
Menjelang empat bulan, Kuyi sudah boleh menunjukkan respon terhadap kehadiran mami/papa, suara mami/papa dan juga ekspresi muka mami/papa dengan menendang-nendang dan melambai-lambai tangannya. Kuyi lebih berminat untuk berinteraksi dengan orang lain – terutama sekali kanak-kanak yang lebih tua yang bising dan riang riuh.

Thursday, March 22, 2012

Perkembangan Kuyi 3bulan



Menegakkan kepala dengan stabil
Pada bulan ini, kuyi sudah boleh mengangkatkan kepalanya semasa berbaring dan menegakkannya untuk beberapa minit. Jika diampu untuk duduk, dia mungkin boleh menegakkan kepalanya secara mantap dan lurus. Ketika dia meniarap, dia mengangkatkan kepala dan dada seakan-akan membuat tekan tubi ringan. Kuyi sekarang boleh melambai-melambai tangan dan menendang kakinya.

Kordinasi tangan dan kaki lebih baik
Sendi paha dan lututnya menjadi lebih lentur menyebabkan tendangannya menjadi lebih kuat. Dan jika mendirikannya dengan kaki terletak di lantai, dia akan menolak badannya turun dengan menggunakan kakinya. Dia boleh merapatkan kedua tangan dan membuka jari-jarinya, tapi dia akan menggunakan tangan yang digenggam rapi untuk mengambil barang yang tergantung. .

Pola tidur lebih terkawal
Menjelang tiga bulan , pola tido kuyi mula menjadi stabil.

Jelas mengenali mami dan papa
Kuyi masih suka bersenyum dengan orang yang tidak dikenali, terutama sekali jika orang itu bertentang mata dengannya dan bersuara mesra atau bercakap dengannya. Apabila Kuyi mendengar suara mami, dia akan memandang terus kepada mami dan mula bersuara gembira atau cuba bercakap dengan mami.

Mulalah membaca kepada dia sekarang
Mami telah mula membaca kepada kuyi. Buku yang biasa dibaca oleh mami ialah 'saya seekor ketam' dan buku ABC. Kuyi memberi respon dengan membuka mulut dan seolah-olah mengikut pergerakkan mulut mami

Perkembangan awal bahasa
Berjalan ke pasar malam pun memberi peluang untuk merangsang kuyi – semasa berjalan, mami tunjukkan dia objek-objek dan berikan nama barang-barang itu.

Sentuhan menjadi lebih sensitif
Hidupkan deria sentuhan bayi dengan bahan seperti kain bulu, tisu, kain felt, dan kain tuala atau carilah buku yang boleh membantu membuatkan sentuhan sebagai sebahagian daripada pengalaman membaca bersama.

Mula berinteraksi dengan orang lain
Mula suka bercakap bahasa yang sukar difahami mami