Tuesday, November 29, 2011

Kuyi 27 Nov 2011 ( 1 Muharram )

Mami dimasukkan ke Hospital KTS pukul 10.11am sbb air ketuban pecah pd pukul 10am kat umah Jalan Tok Lam. (Time tengah lena tido tak sedar ape2 tibe rase mcm air terkeluar banyak je).Bukaan baru 1cm. Bile bukaan jalan 2cm mami sakit gler. Baru 2cm maaa.. nak tunggu 10cm lambat agi so mami amik keputusan amik Epidural. Pukul 2.30pm mami di inject epidural kat tulang belakang so tak rase ape2 lepas tuh

First time masuk hospital. Masa nih pukul 6.00pm mami kn pakai oksigen nak bg oksigen pada kuyi

Masa bukaan jalan dah 7cm,  lebih kurang pukul 6.30pm, denyutan jantung Kuyi drop dr 140 ke 90 so doc bimbang kuyi akan lemas. So emergency case mami kn operate. Peh seriau tp takpe untuk kuyi tersayang.. Mami kuatkan hati. Pukul 7.00pm, mami dimasukkan ke bilik bedah. Doc bg fully bius bg mami tido lena time operation. Kuyi selamat dilahirkan dengan cara Cesarean pukul 7.11pm dengan berat 2.91kg dan panjang 53cm. Mami sedar masa pukul 8.00pm. Ubat bius masih ada so untuk hari pertama mami tak rasa ape2

 Har i-0.Yea..memperkenalkan inilah Kuyi anak mami dan papa tersayang. Pic di ambil oleh papa selepas papa azankan Kuyi.

Hari-1. 28 Nov 2011, cubaan pertama kali bagi susu ke Kuyi tapi susu lum keluar membuatkan Kuyi geram n marah mami.. Time nih mami tak dibenarkan turun katil lg.. n kesan ubat bius ade lagi so tak rase sakit sbb tuh mami tersenyum je lagi kan

Hari-2. Kuyi pada 29 Nov. Disuspect ade kuning. So ditahan di wad lg. Susu mami belum keluar. Sian anak mami. Ari kedua mami dipaksa tuk berjalan.. ya allah susahnye nak berjalan. perut rase perit sgt. Dahla lepas masuk toilet mami rase nk pitam. Tapi syukur ade papa. Papala yg jaga mami time mami kat hospital. (mekaseh papa)

Hari-3. Kuyi dah dibawa balik ke Rusila. Tok Ma akan jaga kuyi. Mami dah start berjalan tapi susah nak duduk sbb kesan operate tuh tak kering betul lg

Hari-4. Ohh selepas hisap susu bestnye saya tido. Semalam kuyi tak bleh tdo dan berjaga malam so tok ma letak kuyi kat mami. Terus lena kuyi tdo lepas minum susu.

Hari-5. Kuyi tido bawah ketiak mami selama 7 jam. Slow2 mami dah bleh bangun dan duduk dgn agak laju

Hari-10. Mami dah start pakai seluat dan dah bleh mandi sendiri. Syukur sgt sbb dah tak susahkan papa lagi. Berat kuyi dah naik! 3.1kg.. ohh patutla rase mcm dah agak berat je

Hari ke-20. Berat kuyi naik lagi.3.4kg. Yeay! semakin berat dan sihat.. Kuyi nih kuat menyusu badan..

Hari ke-51.Rambut Kuyi mmg panjang. Dah boleh wat spike!!

Budak kecik yang sudah 5.6kg
 Hari ke 4bulan 16hari -  Kuyi sudah besar dah and banyak perkara kuyi dah mula belajar. Perkara paling menarik adalah Kuyi suke ketawa dan suka bermain. Skang kalau menangis dah kuar air mata tau..Berat dah naik 6.3kg.Hadoiii beratnye mau angkat