Friday, June 15, 2012

Pakaian yg aku suke

Palazzo pants.. yang stylo nih.. aku suke designnye dengan butang 2 kat depan tuh.warnapun menarik.. Gojesss~~

Cardigan yg knit lace kollar nih. Warnapun mcm yellow mustard gituh.. Peh cantik...wink wink sgt!

Ohhh boyfriend blazer nih pun suke.. warna biru gelap..ok la kan. Modelnye nampak kurus plak bile memakainye. aku?? OMG!

Handbagnye yg berwarne hitam..classic tp nampak elegen..kan kan kan~~~

Well well well... u know me.. aku kan suke cardigan.. haha.. yg nih red kaler mahh

Besides that, aku pun suke maxi dress.. This colour sgt sweet..Miahahahah

I've won!!!!
We're pretty sure that everyone must be itchin' to know who the winners of our recent Su Estilo Anniversary Giveaway Contest are... so here is the list! Thank you for the overwhelming response and don't give up those of you who did not win. We promise more giveaways to come! ♥

Winners kindly PM us your email addresses (by end of tomorrow, Friday 22 June 2012) and we will respond accordingly. If we do not hear from you, we reserve the right to select the next random winner!

CONGRATULATIONS TO:
1. Sharmini Muniandy
2. Nurul Aze Alia
3. Geraldine Yong
4. Ally Low
5. Tengku Rabieah --> aku

6. Elena Sunshine
7. Jessica XiaoWen
8. Yvonne Kiew




Monday, May 21, 2012

Gelagat Kusyairie

Kuyi: Oooohhh Malam ni ade bola ek papa?
(mode: papa ajak layan bola mlm nie.kihkihkih)

Kuyi : Tak sabar nih papa..bile nak start?? oh dah nak start...rilex rilex...

Kuyi : Nak gol dos ni papa..gol gol... GOL!!!
(mode: bersemangat waja)

Kuyi : OMG! OMG! Tersasar plok bolanye..aduiiii

Kuyi : Pa! Bola nak kemana tue?? Bakpe bola g ke gol kite nih?? Aikkk aikkk...

Kuyi : Uhukkkk.. Papa kite nak kalah dos ke nie??
(mode: mule sedih)

Kuyi : Heeeeeee Pa..kite kaloh dos owkkk... Man City kalah pa.. 
(mode: muke toye)


**Mami tido kruhhh kruhhh~~

Tuesday, May 8, 2012

Sihat dengan herbalife

HERBALIFE...produk yg aku guna skrang...

Buku komik (anime) untuk dijual

Buku anime 2nd hand tuk dijual...murah2!..akan di update soon

Redwing model 2245 untuk dijual

Aku nak jual kasut redwingku. Model 2245 dengan harga RM600 (termasuk kos penghantaran). Aku dah pakai 2x. Ade sedikit kesan calar..(ikhlas bagitau takut bile korang beli..korang komplen plak..~~)Sbb tuh aku jual murah aje..kalau kat pasaran harganye dalam RM750..kire dah untung beli ngan aku. Kualiti redwing tak sm ngan kasut Oscar or KulitKraf(cap ayam sgt). Kalau berminat boleh email ke rabieah@penjom.com 


Safety Requirements
Oil/Gas :Excellent
Heat : Fair
Chemical : Good
Abrasion : Good
Traction : Good
Comfort on Concrete : Excellent
Non-Marking : Yes




Gambar asal kasut yang nak dijual. Condition masih ok
USA size : 6
UK size : 5

SOLD TO : Mr.Sapali

Wednesday, April 25, 2012

Perkembangan Kuyi 5bulan

Bdak kecik yg dah besar

Duduk dengan sendiri
Pada waktu ini, perkembangan fizikal kuyi meningkat semakin cepat dan pantas. Jika dia ditiarapkan dengan mukanya memandangkan ke bawah, dia akan meregangkan tangan dan kakinya dan melengkungkan bahagian belakangnya, dan sekiranya kuyi terlentang memandang ke atas, dia akan mengangkat kepala dan bahunya. Dia juga akan duduk seketika tanpa bantuan. Jika mami mengampu kuyi dengan meletakkan tangan di bawah ketiaknya sambil membiarkannya mengimbangi kakinya atas peha mami, kuyi akan melompat ke atas dan ke bawah. Masa ini kuyi dengan senangnya membawa objek ke mulutnya untuk di periksa dengan menggunakan mulutnya.

Mengulangi bunyi yang disukai
Kegemarannya pada masa ini ialah meniup air liur berbentuk seperti raspberi, iaitu berbuih-buih. Pada usia ini, adalah merupakan tabiat biasa kuyi mudah terpesona dengan salah satu kebolehan barunya yang mana mereka akan mengulanginya untuk masa yang agak panjang.

Mudah mengalihkan perhatian
Kuyi sangat suka bermain dengan plastik kerana plastik yang disentuhnya akan berbunyi

Perkembangan pelbagai emosi
Kuyi menunjukkan ikatan yang kuat dengan mami dengan menghulurkan tangannya apabila dia mahu didukung dan menangis apabila mami meninggalkan bilik. Kuyi juga mungkin akan mula memeluk dan mencium mami. Dan kuyi juga mula memahami lawak jenaka – dia akan ketawa pada mimik muka mami dan papa yang kelakar dan akan cuba membuat mami ketawa juga.

Kuyi tengah meniarap..

Thursday, April 12, 2012

Perkembangan Kuyi 4bulan



Makan kurang kerap
Sekarang di waktu makan, perhatian Kuyi mula beralih kepada orang dan benda-benda, justeru, walaupun mami seronok apabila melihat Kuyi sedar dan responsif terhadap benda-benda baru, mami mendapati bahawa memberinya makan menjadi satu perkara yang sulit.
 
Bakat baru pusing meniarap dan menelentang
Apabila Kuyi dibaringkan atas perutnya, dia akan mengangkatkan kepala dan bahunya seberapa tinggi dan menggunakan lengannya untuk mengampu dan menahan. Tekan tubi mininya ini membantu Kuyi mengukuhkan otot-otot dan dia juga akan mendapat pandangan yang baik tentang perkara-perkara yang sedang berlaku di sekitarnya.

Memanjangkan tangan dan memasukkan objek ke dalam mulut
Kuyi sekarang sudah boleh memanjangkan tangannya dan merampas sesuatu objek. Apabila dia dapat memegang sesuatu, dia akan mengkajinya untuk seketika dan kemudian cuba memasukkannya ke dalam mulut. Air liur Kuyi banyak meleleh sekarang.

Galakkan bayi anda mencuba dan bermain dengan pelbagai jenis objek.
Umpamanya, lampin kain yang bersih boleh mengasyikkan Kuyi. Perhatikan dia menghisap sesuatu objek, memegangnya, dan ketahuilah apa yang akan berlaku apabila dia merenyukkannya. (Menyediakan tempat aktiviti bayi atau gim buaian adalah baik di peringkat ini, iaitu di ketika bayi anda mempelajari tentang sebab dan akibat - umpamanya, dia mendapati bahawa apabila dia mengerakkan tuil atau butang, dia mendengar loceng berbunyi. )

Kini mampu bermain sendiri
Pada masa ini, Kuyi sudah pandai bermain dengan tangan dan kakinya untuk beberapa minit setiap kali. Sungguh ajaib!

Mula memahami peranan bahasa
Sekarang, dia juga boleh menyertai mainan tiru-meniru bunyi – anda sebut "boo", dan dia akan cuba menyebutnya juga. Anda boleh mengembangkan kebolehan komunikasinya dengan meniru ekspresi muka dan bunyi yang disebutnya – dalam kata lain, men"cermin"kan perlakuan dia.

Memahami rampaisari warna yang pelbagai
Dia akan tertarik kepada mobil tergantung yang berwarna cerah (digantung supaya tak dapat dicapainya), poster-poster terang dan buku-buku keras yang berwarna menarik.

Lebih memilih orang
Menjelang empat bulan, Kuyi sudah boleh menunjukkan respon terhadap kehadiran mami/papa, suara mami/papa dan juga ekspresi muka mami/papa dengan menendang-nendang dan melambai-lambai tangannya. Kuyi lebih berminat untuk berinteraksi dengan orang lain – terutama sekali kanak-kanak yang lebih tua yang bising dan riang riuh.