Thursday, April 12, 2012

Perkembangan Kuyi 4bulan



Makan kurang kerap
Sekarang di waktu makan, perhatian Kuyi mula beralih kepada orang dan benda-benda, justeru, walaupun mami seronok apabila melihat Kuyi sedar dan responsif terhadap benda-benda baru, mami mendapati bahawa memberinya makan menjadi satu perkara yang sulit.
 
Bakat baru pusing meniarap dan menelentang
Apabila Kuyi dibaringkan atas perutnya, dia akan mengangkatkan kepala dan bahunya seberapa tinggi dan menggunakan lengannya untuk mengampu dan menahan. Tekan tubi mininya ini membantu Kuyi mengukuhkan otot-otot dan dia juga akan mendapat pandangan yang baik tentang perkara-perkara yang sedang berlaku di sekitarnya.

Memanjangkan tangan dan memasukkan objek ke dalam mulut
Kuyi sekarang sudah boleh memanjangkan tangannya dan merampas sesuatu objek. Apabila dia dapat memegang sesuatu, dia akan mengkajinya untuk seketika dan kemudian cuba memasukkannya ke dalam mulut. Air liur Kuyi banyak meleleh sekarang.

Galakkan bayi anda mencuba dan bermain dengan pelbagai jenis objek.
Umpamanya, lampin kain yang bersih boleh mengasyikkan Kuyi. Perhatikan dia menghisap sesuatu objek, memegangnya, dan ketahuilah apa yang akan berlaku apabila dia merenyukkannya. (Menyediakan tempat aktiviti bayi atau gim buaian adalah baik di peringkat ini, iaitu di ketika bayi anda mempelajari tentang sebab dan akibat - umpamanya, dia mendapati bahawa apabila dia mengerakkan tuil atau butang, dia mendengar loceng berbunyi. )

Kini mampu bermain sendiri
Pada masa ini, Kuyi sudah pandai bermain dengan tangan dan kakinya untuk beberapa minit setiap kali. Sungguh ajaib!

Mula memahami peranan bahasa
Sekarang, dia juga boleh menyertai mainan tiru-meniru bunyi – anda sebut "boo", dan dia akan cuba menyebutnya juga. Anda boleh mengembangkan kebolehan komunikasinya dengan meniru ekspresi muka dan bunyi yang disebutnya – dalam kata lain, men"cermin"kan perlakuan dia.

Memahami rampaisari warna yang pelbagai
Dia akan tertarik kepada mobil tergantung yang berwarna cerah (digantung supaya tak dapat dicapainya), poster-poster terang dan buku-buku keras yang berwarna menarik.

Lebih memilih orang
Menjelang empat bulan, Kuyi sudah boleh menunjukkan respon terhadap kehadiran mami/papa, suara mami/papa dan juga ekspresi muka mami/papa dengan menendang-nendang dan melambai-lambai tangannya. Kuyi lebih berminat untuk berinteraksi dengan orang lain – terutama sekali kanak-kanak yang lebih tua yang bising dan riang riuh.

No comments:

Post a Comment