Thursday, September 8, 2011

Minggu-minggu Kehamilan

Kuyi masa minggu ke-9
Minggu ke-9
  1. Aktiviti menelan 25x dalam sejam
  2. Jenis kelamin sudah boleh dikenalpasti
  3. Pembentukan kulit sekaligus fungsinya berkembang sempurna
  4. Kuku kaki dan tangan mulai tumbuh
  5. Kulit ibu akan  mengalami perubahan
Minggu ke-10
  1. Pertumbuhan memanjang lebih pesat berbanding pertumbuhan ke tepi
Minggu ke-11
  1. Berat lebih kurang 8g 
  2. Panjang kepala sehingga ke punggung lebih kurang 4-6cm
  3. Sudah mula menguap, menggeliat, meluruskan tubuh dan menundukkan kepala
  4. Boleh berubah kedudukan dengan berpusing,memanjang, bergulung dan menerbalikkan diri
Kuyi masa minggu ke-13
Minggu ke-13
  1. Berat kira-kira 20g
  2. Panjang janin 5.5-6.3cm
  3. Nisbah kepala:tubuh, 1:3
  4. Kulit masih sgt tipis dan tubuh ditutupi rambut halus
  5. Kerangka tubuh sudah mula terbentuk
Minggu ke-14 
  1. Berat kira-kira 25g
  2. Panjang mencapai 6.8-7.6cm
  3. Alat kelamin sudah berkembang
Minggu ke-15
  1. Berat kira-kira 80g
  2. Panjang lebih kurang 8.2-8.9cm
    Mami masa minggu ke-20
    Minggu ke-20
    1. Berat lebih kurang 260g
    2. Panjang janin mencapai 14-16cm
    3. Kepala mula ditumbuhi rambut. Baka samada rambut lurus, ikal mula ditentukan oleh gen ayah dan ibu
    4. Otot semakin kuat
    5. Gigi pertama akan mula berkembang dalam gusi
    6. Bergerak sekitar 200x sehari. Tapi ibu akan merasa sedikit shj dr gerakan itu
    7. Denyutan janin mula 120-160dentutan/min manakala denyutan jantung ibu 60-80denyutan/min
    8. Ibu sudah boleh merasai ada kehidupan baru yang berharga dalam dirinya




    Kuyi masa minggu ke-21
    Minggu ke-21
    1. Berat dianggarkan 300-400g
    2. Panjang lebih kurang 18cm
    3. Sistem pencernaan mula berkembang dan boleh menelan cecair ketuban sekelilingnya
    4. Bentuk tubuh ibu kian terganggu dan garis pinggang sudah tidak kelihatan
    5. Ibu harus elakkan diri dr senaman regangan


    Kuyi masa minggu ke-23
    Minggu ke-23
    1. Berat hampir mencapai 550g (Berat kuyi 516g)
    2. Kaki dan tangan mula terbentuk dengan sempurna
    3. Wajah dan tubuh amat mirip dengan penampilan sewaktu dilahirkan kelak
    4. Rambut ibu akan makin lebat. Kulit pula makin gebu, licin dan lembut




    Kuyi masa minggu ke-25
    Minggu ke-25


    1. Berat sekitar 700g
    2. Ibu sentiasa panas dan berpeluh
    Papa masa minggu ke-26 \(^_^)/

    Mami masa minggu ke-26
    Minggu ke-26
    1. Berat hampir mencapai 850g ( Berat Kuyi 794g)
    2. Panjang dari punggung sehingga atas kepala lebih kurang 23cm
    3. Denyutan nadi 120-160denyutan/min
    4. Telinga telah mampu mendengar
    5. Ibu kerap sakit pinggang, kejang kaki, sakit kepala, sakit bawah tulang rusuk dan perut bahagian bawah (Gusi mami kuyi sering berdarah dan selalu kejang otot)
    6. Ibu mudah sembelit dan kerap buang air kecil
    7. Ibu mudah berpeluh dan sentiasa panas (mami kuyi sentiasa kena duduk dalam aircond.Demand)


    Mami masa minggu ke-27



    Minggu ke-27
    1. Berat sudah melebihi 1kg
    2. Panjang dari punggung sehingga atas kepala lebih kurang 24cm
    3. Kelopak mata mula terbuka dan bereaksi pada cahaya
    4. Sudah pandai menghisap ibu jari dan menelan cecair amnion
    5. Tunas rasa baru terbentuk dan boleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit
    6. Sudah boleh batuk dan tersedu
    7. Ibu akan kerap mengadu sakit belakang 
    Kuyi masa minggu ke-28


    Minggu ke-28
    1. Berat lebih kurang 1.1kg (berat kuyi 1.09kg)
    2. Semakin kuat bergerak. Kadang-kala akan ibu akan mengalami pergerakan tersentak-sentak
    3. Panjang antara 35-38cm
    4. Denyutan nadi semakin mudah dan jeas didengari
    5. Rambut tumbuh makin lebat
    Kedudukan Kuyi masa minggu ke-29

    Mami n da geng masa minggu ke-29
     

    Minggu ke-29
    1. Berat lebih kurang 1.25kg
    2. Panjang lebih kurang 37cm
    3. Kelahiran tidak cukup bulan mesti di awasi. Walaupun begitu, bayi sudah mampu bernafas dan menangis
    4. Postur ibu akan lebih kelihatan di bahagian hadapan
    Minggu ke-30
    1. Berat sudah mencapai 1.4kg
    2. Panjang lebih kurang 38cm
    3. (Kuyi sudah mula bergerak aktif dan sering mengganggu waktu tidur mami kerana kuyi suka menyiku dan menendang time malam hari)
        Minggu ke-31
        1. Berat lebih kurang 1.6kg
        2. Panjang lebih kurang 40cm
        3. Ibu kena berhati-hati dengan tekanan darah tinggi 
        4. Ibu kena amati gangguan aliran darah anggota tubuh yang boleh menyebabkan kaki bengkak.
        5. Ibu dicadangkan banyak berehat dengan berbaring mengiring (mami sekarang selalu sakit belakang)
        Minggu ke-32
        1. Berat lebih kurang 1.7kg
        2. Sudah mempunyai kuku kaki dan tangan serta rambut
        3. (Berat mami 68kg) dan mula bertambah 0.4kg setiap minggu
        Mami masa minggu ke-33


        Papa masa minggu ke-33 (muka cam xmandi)
        Minggu ke-33
        1. Berat sekitar 1.9kg
        2. Panjang lebih kurang 44cm
        3. Kulitnya sudah tidak berkerut malahan lebih tampak seperti manusia
        4. Tulang semakin mengeras dan terjalin dengan baik ( tulang kuyi yang kuat menendang mami)
        Minggu ke-34
        1. Berat sekitar 2.15kg
        2. Lemak semakin terkumpul  dengan pesatnya di bawah kulit. Oleh itu bayi akan kelihatan tembam
        Papa masa minggu ke-35


        Minggu ke-35
        1. Berat sekitar 2.4kg (kuyi 2.1kg)
        2. Panjang sekitar 44cm
        3. Sudah dapat melihat siku, kaki atau kepala menonjol dari perut apabila dia menggeliat ( Perut mami selalu mengeras time malam dan waktu tidur mami dah tak lena)
        4. Telah mempunyai sepasang buah pinggang yang sempurna
        5. Pusat ibu semakin membonjol keluar (Pusat mami tak membonjol lagi)
        Mami and geng Met minggu ke-36

        Minggu ke-36
        1. Berat lebih kurang 2.7kg
        2. Posisinya telah berada di bawah
        3. Posisinya menganggu cara perjalanan ibu ( mami jalan ngengkang)
        4. Tekananya akan menekan vagina
        Minggu ke-37
        1. Berat 2.8kg
        2. Panjangnya pula 50cm
        3. Kontraksi sudah hadir dan membuatkan ibu tidak selesa
        4. Proses bersalin sudah bermula
        Minggu ke-38
        1. Bayi sudah semakin matang
        Minggu ke-39
        1. Alhamdulillah Kuyi dah selamat keluar dengan berat 2.91kg

          No comments:

          Post a Comment