Wednesday, April 25, 2012

Perkembangan Kuyi 5bulan

Bdak kecik yg dah besar

Duduk dengan sendiri
Pada waktu ini, perkembangan fizikal kuyi meningkat semakin cepat dan pantas. Jika dia ditiarapkan dengan mukanya memandangkan ke bawah, dia akan meregangkan tangan dan kakinya dan melengkungkan bahagian belakangnya, dan sekiranya kuyi terlentang memandang ke atas, dia akan mengangkat kepala dan bahunya. Dia juga akan duduk seketika tanpa bantuan. Jika mami mengampu kuyi dengan meletakkan tangan di bawah ketiaknya sambil membiarkannya mengimbangi kakinya atas peha mami, kuyi akan melompat ke atas dan ke bawah. Masa ini kuyi dengan senangnya membawa objek ke mulutnya untuk di periksa dengan menggunakan mulutnya.

Mengulangi bunyi yang disukai
Kegemarannya pada masa ini ialah meniup air liur berbentuk seperti raspberi, iaitu berbuih-buih. Pada usia ini, adalah merupakan tabiat biasa kuyi mudah terpesona dengan salah satu kebolehan barunya yang mana mereka akan mengulanginya untuk masa yang agak panjang.

Mudah mengalihkan perhatian
Kuyi sangat suka bermain dengan plastik kerana plastik yang disentuhnya akan berbunyi

Perkembangan pelbagai emosi
Kuyi menunjukkan ikatan yang kuat dengan mami dengan menghulurkan tangannya apabila dia mahu didukung dan menangis apabila mami meninggalkan bilik. Kuyi juga mungkin akan mula memeluk dan mencium mami. Dan kuyi juga mula memahami lawak jenaka – dia akan ketawa pada mimik muka mami dan papa yang kelakar dan akan cuba membuat mami ketawa juga.

Kuyi tengah meniarap..

Thursday, April 12, 2012

Perkembangan Kuyi 4bulan



Makan kurang kerap
Sekarang di waktu makan, perhatian Kuyi mula beralih kepada orang dan benda-benda, justeru, walaupun mami seronok apabila melihat Kuyi sedar dan responsif terhadap benda-benda baru, mami mendapati bahawa memberinya makan menjadi satu perkara yang sulit.
 
Bakat baru pusing meniarap dan menelentang
Apabila Kuyi dibaringkan atas perutnya, dia akan mengangkatkan kepala dan bahunya seberapa tinggi dan menggunakan lengannya untuk mengampu dan menahan. Tekan tubi mininya ini membantu Kuyi mengukuhkan otot-otot dan dia juga akan mendapat pandangan yang baik tentang perkara-perkara yang sedang berlaku di sekitarnya.

Memanjangkan tangan dan memasukkan objek ke dalam mulut
Kuyi sekarang sudah boleh memanjangkan tangannya dan merampas sesuatu objek. Apabila dia dapat memegang sesuatu, dia akan mengkajinya untuk seketika dan kemudian cuba memasukkannya ke dalam mulut. Air liur Kuyi banyak meleleh sekarang.

Galakkan bayi anda mencuba dan bermain dengan pelbagai jenis objek.
Umpamanya, lampin kain yang bersih boleh mengasyikkan Kuyi. Perhatikan dia menghisap sesuatu objek, memegangnya, dan ketahuilah apa yang akan berlaku apabila dia merenyukkannya. (Menyediakan tempat aktiviti bayi atau gim buaian adalah baik di peringkat ini, iaitu di ketika bayi anda mempelajari tentang sebab dan akibat - umpamanya, dia mendapati bahawa apabila dia mengerakkan tuil atau butang, dia mendengar loceng berbunyi. )

Kini mampu bermain sendiri
Pada masa ini, Kuyi sudah pandai bermain dengan tangan dan kakinya untuk beberapa minit setiap kali. Sungguh ajaib!

Mula memahami peranan bahasa
Sekarang, dia juga boleh menyertai mainan tiru-meniru bunyi – anda sebut "boo", dan dia akan cuba menyebutnya juga. Anda boleh mengembangkan kebolehan komunikasinya dengan meniru ekspresi muka dan bunyi yang disebutnya – dalam kata lain, men"cermin"kan perlakuan dia.

Memahami rampaisari warna yang pelbagai
Dia akan tertarik kepada mobil tergantung yang berwarna cerah (digantung supaya tak dapat dicapainya), poster-poster terang dan buku-buku keras yang berwarna menarik.

Lebih memilih orang
Menjelang empat bulan, Kuyi sudah boleh menunjukkan respon terhadap kehadiran mami/papa, suara mami/papa dan juga ekspresi muka mami/papa dengan menendang-nendang dan melambai-lambai tangannya. Kuyi lebih berminat untuk berinteraksi dengan orang lain – terutama sekali kanak-kanak yang lebih tua yang bising dan riang riuh.