Thursday, March 22, 2012

Perkembangan Kuyi 3bulan



Menegakkan kepala dengan stabil
Pada bulan ini, kuyi sudah boleh mengangkatkan kepalanya semasa berbaring dan menegakkannya untuk beberapa minit. Jika diampu untuk duduk, dia mungkin boleh menegakkan kepalanya secara mantap dan lurus. Ketika dia meniarap, dia mengangkatkan kepala dan dada seakan-akan membuat tekan tubi ringan. Kuyi sekarang boleh melambai-melambai tangan dan menendang kakinya.

Kordinasi tangan dan kaki lebih baik
Sendi paha dan lututnya menjadi lebih lentur menyebabkan tendangannya menjadi lebih kuat. Dan jika mendirikannya dengan kaki terletak di lantai, dia akan menolak badannya turun dengan menggunakan kakinya. Dia boleh merapatkan kedua tangan dan membuka jari-jarinya, tapi dia akan menggunakan tangan yang digenggam rapi untuk mengambil barang yang tergantung. .

Pola tidur lebih terkawal
Menjelang tiga bulan , pola tido kuyi mula menjadi stabil.

Jelas mengenali mami dan papa
Kuyi masih suka bersenyum dengan orang yang tidak dikenali, terutama sekali jika orang itu bertentang mata dengannya dan bersuara mesra atau bercakap dengannya. Apabila Kuyi mendengar suara mami, dia akan memandang terus kepada mami dan mula bersuara gembira atau cuba bercakap dengan mami.

Mulalah membaca kepada dia sekarang
Mami telah mula membaca kepada kuyi. Buku yang biasa dibaca oleh mami ialah 'saya seekor ketam' dan buku ABC. Kuyi memberi respon dengan membuka mulut dan seolah-olah mengikut pergerakkan mulut mami

Perkembangan awal bahasa
Berjalan ke pasar malam pun memberi peluang untuk merangsang kuyi – semasa berjalan, mami tunjukkan dia objek-objek dan berikan nama barang-barang itu.

Sentuhan menjadi lebih sensitif
Hidupkan deria sentuhan bayi dengan bahan seperti kain bulu, tisu, kain felt, dan kain tuala atau carilah buku yang boleh membantu membuatkan sentuhan sebagai sebahagian daripada pengalaman membaca bersama.

Mula berinteraksi dengan orang lain
Mula suka bercakap bahasa yang sukar difahami mami